Top banner 1

  Pengumuman:

PERUTUSAN PENGARAH






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Memandangkan pada ketika ini kita berada di dalam dunia tanpa sempadan, internet serta media sosial merupakan medium pantas dan terbaik bagi penyaluran maklumat. Sehubungan  itu, saya berharap laman web ini dapat menjadi platform utama seterusnya menjadi medium terbaik untuk menyampaikan maklumat berkaitan Jabatan selain turut memaparkan pelbagai aktiviti jabatan ini. Melalui laman web ini juga, jaringan komunikasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah dan orang awam akan lebih bersifat interaktif dan efektif. 
Saya berharap warga JKM Kedah serta masyarakat umum beroleh manfaat daripada laman web ini.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami. Kami berusaha memperbaiki prestasi kami melalui interaksi dengan anda.

Terima kasih dan selamat melayari laman web.

“BERKAT BERJASA”



AZMI ABD KARIM
PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH
E-mel: azmikarim@jkm.gov.my