SOALAN LAZIM
- PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 18 JANUARI 2021
- Pengendalian Warga Emas di Institusi Bagi Mencegah Penularan Wabak Coronavirus (COVID-19)
- Pengoperasian Institusi Warga Emas Pasca PKP/B Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Bantuan Kewangan
- Penubuhan TASKA
- Sukarelawan
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) & Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Syarikat
- Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM
- Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
- Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
- Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
- Kemasukan ke Rumah Ehsan
- Kemasukan ke Desa Bina Diri
- Kes Keganasan Rumah Tangga
- Kes Penderaan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Anak Pelihara
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak dan keluarga
- Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat
- Tindakan Penguatkuasaan TASKA dan Pusat Jagaan
- Operasi Menyelamat Pengemis
- Menjalankan kajian di JKM
SUKARELAWAN
1. Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?- Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
- Memilih bidang yang diminati dan golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri.
- Menentukan cara dan waktu untuk melakukan kerja-kerja sukarela di samping tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
- Perkara-perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah latihan, kepuasan terhadap tugas tersebut, turut melibatkan ahli keluarga dan lain-lain.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi sukarelawan JKM?
Permohonan boleh dibuat dengan hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) / Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan (PKMJ) ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (bagi negeri yang tidak mempunyai PKMD/ J iaitu WP Kuala Lumpur, WP Labuan, wp Putrajaya dan Perlis) mengikut alamat yang terdekat dengan alamat tempat tinggal. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui portal ini.
(sila klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan Sukarelawan)
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Kesukarelaan
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021