SOALAN LAZIM
- PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 18 JANUARI 2021
- Pengendalian Warga Emas di Institusi Bagi Mencegah Penularan Wabak Coronavirus (COVID-19)
- Pengoperasian Institusi Warga Emas Pasca PKP/B Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Bantuan Kewangan
- Penubuhan TASKA
- Sukarelawan
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) & Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Syarikat
- Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM
- Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
- Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
- Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
- Kemasukan ke Rumah Ehsan
- Kemasukan ke Desa Bina Diri
- Kes Keganasan Rumah Tangga
- Kes Penderaan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Anak Pelihara
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak dan keluarga
- Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat
- Tindakan Penguatkuasaan TASKA dan Pusat Jagaan
- Operasi Menyelamat Pengemis
- Menjalankan kajian di JKM
KEMASUKAN KE RUMAH EHSAN
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan Rumah Ehsan (Rumah Pesakit Melarat) dan apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk kemasukan ke Rumah Ehsan?Jawapan:
Rumah Ehsan ditubuhkan untuk memberikan jagaan, rawatan dan perlindungan kepada pesakit melarat yang uzur, daif dan tidak berwaris agar dapat terus hidup dalam suasana yang selesa.
Syarat-syarat kemasukan :
1. Tidak berupaya mengurus diri sendiri
2. Disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai pesakit melarat
3. Tidak menghidap penyakit berjangkit
4. Tiada pendapatan
5. Tidak mempunyai sanak saudara/waris
Cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Ehsan adalah seperti berikut :
Permohonan kemasukan warga emas ke Rumah Ehsan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah akan memproses permohonan menggunakan sistem e-JKM dan dihantar kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk semakan, ulasan dan sokongan.
Selepas itu, permohonan tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk pertimbangan kelulusan.
Kelulusan kemasukan ke Rumah Ehsan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang ditetapkan. Permohonan akan dimaklumkan sebaik sahaja ada kekosongan.
Tarikh Kemaskini : 30/01/2020