SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI KEDAH
SUNGAI PETANI, 13 Okt 2018 AMAN JAYA MALL - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah telah mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Negeri Kedah dengan tema melakar Aspirasi, Mendepani Realiti. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah, YB. Hajah Halimaton Shaadiah Saad. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang berlangsungnya majlis sambutan hari kanak-kanak ini, antaranya pertandingan Bowling, Futsal, Zumba, Ceramah oleh agensi iaitu JKN,SKMM, PDRM dan Majlis Perwakilan Kanak-kanak dan banyak lagi, Selain itu turut diadakan pameran interaktif dan booth pameran.

Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Tunas Jaya Gemilang Akademik, Anugerah Tunas Jaya Gemilang Sukan, Anugerah Tunas Jaya Gemilang Seni dan Kebudayaanan, Anugerah Tunas Jaya Gemilang OKU, Anugerah KHAS dan Anugerah Pingat Hang Tuah 2018.
Anugerah Tunas Jaya Gemilang Akademik
Adik Nur Syifa Najwa binti Mohd Husni - SK Sultan Mudzaffar Shah, Bedong Kedah
Anugerah Tunas Jaya Gemilang Sukan
Adik Abdul Fahmi bin Abdul Basir - SK Jalan Pegawai, Alor Setar Kedah
Anugerah Tunas Jaya Gemilang Seni dan Kebudayaanan
Adik Muhammad Irfan Danish bin Ahmad Safarizan - SK Ibrahin, Sg Petani, Kedah.
Anugerah Tunas Jaya Gemilang OKU
Adik Nur Andrina binti Zainudin - SK Pendidikan Khas, Alor Setar, Kedah
Anugerah Pingat Hang Tuah 2018.
Adik Mohamad Darwisy bin Abdullah, 12 tahun berasal dari Kampung Kuala Dingin, Selama, Kedah telah dianugerahkan Pingat Hang Tuah atas keberaniannya menyelamatkan mangsa kebakaran dengan mengejutkan semua ahli keluarga yang sedang nyenyak tidur dan beliau juga telah merempuh pintu utama untuk memberi laluan kepada ahli keluarga untuk keluar dengan cepat, walau api sedang marak pada bahagian luar pintu tersebut.

Kemaskini Terakhir : 14/10/2018 23:14:37