PERASMIAN WELMART KPKMD BENGKEL DAYA SUNGAI PETANI KEDAH
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Tuan Haji Mohd Fazari bin Mohd Salleh telah menyempurnakan Majlis Perasmian WelMart KPKMD Bengkel Daya Sungai Petani pada 9hb Februari 2019. Welmart KPKMD ini merupakan projek penjanaan ekonomi kumpulan sasar Jabatan yang terdiri daripada golongan berkeperluan khas yang menggabungkan prinsip inovasi sosial, pembangunan inklusif, kebajikan produktif dan keusahawanan social. Pelaksanaan projek ini adalah bertujuan untuk menggembleng potensi kumpulan sasar berkeperluan khas (OKU) agar lebih produktif menerusi penyertaan dalam aktiviti Keusahawanan Sosial ( Social Enterprise) dengan menyediakan latihan bersesuaian , penyediaan peralatan dan bahan mentah penyediaan peluang pemasaran dan seliaan rapi secara berterusan bagi membolehkan mereka menjalankan projek ekonomi yang ditetapkan.
Acara kemuncak iaitu tandatangan plak perasmian Welmart oleh KPKM.


KPKMD Welmart Bengkel Daya Sungai Petani ini melibatkan kumpulan sasar JKM iaitu penghuni dan pelatih institusi kebajikan. Ianya telah beroperasi pada bulan Oktober 2018 dan seramai 2 orang pelatih OKU bekerja di welmart ini. Produk-produk yang dijual adalah makanan, minuman, kraftangan, cenderahati dan beberapa barangan keperluan harian. Produk-produk ini dihasilkan dari pelatih dan penghuni institusi kebajikan serta pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) seluruh Kedah
.
Turut hadir adalah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Pengarah-pengarah bahagian, Timbalan Pengarah, Ketua Pen. Pengarah serta Pegawai-pegawai Kebajikan Masyarakat. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan pihak JKM di dalam mengambil pekerja dari kalangan OKU iaitu Swiss In Sungai Petani, A&W(Malaysia), KFC Bandar Amanjaya, Jaya Makmur Trading dan Har’s Mini Mart di dalam melaksanakan People With Disabilities (PWDs) Job Coach.

Acara kemuncak iaitu tandatangan plak perasmian Welmart oleh KPKM.


Kemaskini Terakhir : 10/02/2019 15:59:43