Top banner 1

PROGRAM KESUKARELAWANAN MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA KE INSTITUSI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT. VOLUNTEER TO INSTITUTION (V2I)

Dewan Harapan Taman Sinar Harapan Jitra
Tarikh: 26 April 2017 (Rabu)
Pelancaran oleh : Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak

Jitra: Semasa Ucapan Pelancaran, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pihak universiti menggalakkan mahasiswa mereka untuk menyertai program tersebut selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Tinggi yang inginkan mahasiswa mengisi masa dengan pengisian yang berfaedah. Sasaran 3,000 sukarelawan ini kita letak dalam tempoh dua tahun dan buat masa ini sudah ada 500 mahasiswa yang mengisi borang untuk menyertai V2i. Apabila mahasiswa menyertai program ini, mereka dapat membantu menggembleng tenaga dan buah fikiran bagi memantapkan mutu perkhidmatan JKM.Melalui program ini, diharap ia dapat melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam bidang sukarelawan selain menanam semangat untuk membantu serta mempunyai kemahiran yang jarang dimiliki oleh mahasiswa lain.

Turut hadir, Ketua Pengarah JKM Datuk Zulkiply Ramli dan Pengarah JKM negeri Kedah Mohd Noor Chik.

Sementara itu, Zulkiply berkata JKM sentiasa menggalakkan penyertaan mahasiswa universiti dalam program sukarela yang meliputi aspek perlindungan dan pembangunan yang boleh melatih dan membentuk keyakinan diri mahasiswa untuk berinteraksi dengan masyarakat. JKM akan turut memberi latihan kepada mahasiswa ini untuk menguasai beberapa jenis kemahiran terutamanya untuk menjaga kumpulan sasar seperti warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain. JKM akan melaksanakan khidmat kesukarelaan ini di institusi kebajikan JKM di wilayah utara iaitu Rumah Seri Kenangan dan Rumah Kanak-Kanak Arau di Perlis,  Rumah Seri Kenangan, Bedong, Taman Sinar Harapan, Jitra, Asrama Akhlak Jitra dan Bengkel Daya Sungai Petani,” katanya.

 
 
 


Kemaskini Terakhir : 27/04/2017 10:46:01