Top banner 1

PERTANDINGAN HAFAZAN, PIDATO ISLAM DAN KUIZ MINDA ULUL ALBAB ANJURAN JKMM

Kuala Terengganu, 5 hingga 7 Ogos 2016  - Seramai tiga (3)  penghuni  Sekolah Tunas Bakti (P) Marang di iringi oleh tiga (3) orang kakitangan  ke Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi (ILIM) untuk Program “Khalifah Junior”  mewakili  institusi dalam pertandingan Hafazan, Pidato Islam dan Kuiz Minda Ulul Albab  anjuran Jabatan Kebajikan Masyakarat Malaysia. Penghuni STB (P) Marang  telah mendapat Johan dalam pertandingan  Hafazan dan pertandingan Pidato Islam. Johan mendapat sijil penyertaan dan RM 300 setiap orang. Sekolah Tunas Bakti, Marang telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan di dalam program  Khalifah Junior ini.

 
 



Kemaskini Terakhir : 17/08/2016 10:57:11