Top banner 1

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT JKM NEGERI TERENGGANU TAHUN 2016/1437H

Marang, Terengganu -  4 Ogos 2016, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat JKMN Terengganu telah diadakan bertempat di Pusat Khidmat Setempat (PKS) Marang, Terengganu. Majlis tersebut telah bermula sekitar pukul 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan, penghuni institusi dan penerima bantuan JKM telah menyertai pada tahun ini.
 
Majlis Tilawah Al-Quran peringkat JKMN Terengganu diadakan adalah bertujuan untuk memupuk minat membaca dan memahami keindahan isi kandungan Al-Quran serta membudayakan tilawah Al-Quran tanpa mengira peringkat usia.
 
Sebanyak 8 kategori telah dipertandingkan dan tiga orang hakim iaitu Ustaz Mohd Azmi bin Hj. Ismail daripada Kompleks Desa Taqwa, Ustaz Reemli bin Awang daripada Pejabat Daerah Marang dan Ustaz Mohd Fadzli bin Mohd Yusof daripada Institut Akademi Al-Quran Terengganu akan menilai para peserta.
 
Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lelaki bawah 18 tahun (Terbuka), Perempuan bawah 18 tahun (Terbuka), Lelaki 18 tahun ke atas (Terbuka), Perempuan 18 tahun ke atas (Terbuka), Kakitangan lelaki JKM, Kakitangan Perempuan JKM, OKU penglihatan lelaki (Terbuka) dan OKU penglihatan perempuan (Terbuka)
 
 Majlis Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Haji Rusmi bin Mahmood, Ketua Penolong Ketua Pengarah Bahagian Produktif & Komuniti dan Encik Norazaman bin Abdul Manaf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU & Warga Emas kepada semua peserta yang terlibat. Bagi peserta yang mendapat markah terbaik bagi kategori masing-masing pula mereka layak mewakili JKMN Terengganu ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang akan berlangsung pada 22 Ogos sehingga 24 Ogos 2016 di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
 
 
Peserta Terbaik Kategori
 
Kategori Pilihan Nama Peserta Daerah
K. 1 Lelaki bawah 18 tahun (Terbuka) Pelatih Asrama Rusila, Marang
K. 2 Perempuan bawah 18 tahun (Terbuka) Pelatih STB (P) Marang
K. 3 Lelaki 18 tahun ke atas (Terbuka) Abdul Rahman bin Abdullah PKMD Besut
K. 4 Perempuan 18 tahun ke atas (Terbuka) Ngah bt. Ali PKMD Hulu Terengganu
K. 5 Kakitangan lelaki JKM Nik Mohamed Yusof bin Nik Mohamed TSH KT
K. 6 Kakitangan perempuan JKM Nor Afifi bt. Muda TSH KT
K. 7 OKU penglihatan lelaki (Terbuka) Harun bin Endut PKMD KT
K. 8 OKU penglihatan perempuan (Terbuka) Afzam bt. Mustafa PKMD Kemaman
Kemaskini Terakhir : 24/08/2016 11:57:57