SKIM BANTUAN MODAL PERNIAGAAN
SKIM BANTUAN MODAL PERNIAGAAN (GERAN PELANCARAN)KADAR
Maksimum RM2,700 sekaligus.
TUJUAN
•Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
•Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.
KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS
Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
Kumpulan sasar JKM;
Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

