Top banner 1

BORANG PENCALONAN TOKOH OKU PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2018

Selaras dengan Dasar OKU Negara iaitu memberi pengiktirafan kepada OKU, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhasrat untuk memberi pengiktirafan kepada golongan OKU yang berjaya. Golongan OKU yang berjaya dan cemerlang ini akan dianugerahkan sebagai Tokoh OKU Negeri Pahang Tahun 2018.

Anugerah ini akan disampaikan dalam Majlis Perasmian Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 13 April 2019 di Berjaya Megamall , Kuantan, Pahang.

Antara syarat penyertaan :-
1) Calon adalah OKU yang berdaftar sebagai OKU dgn JKM
2) Bermastautin di Negeri Pahang
3) Cemerlang sama ada dalam Akademik / Kerjaya / Sukan / Penglibatan dalam masyarakat / sumbangan kepada masyarakat
                                 
BORANG PERMOHONAN PENCALONAN  

Borang pencalonan boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Pahang dan boleh dimuat turun di Laman Sesawang Portal Rasmi JKM di pautan BORANG PERMOHONAN PENCALONAN  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian OKU JKMN Pahang 
Puan Suryani Mohamad  ( 09-5650252 )
Puan Wan Norazlina Binti Wan Aziz ( 09- 5650260 )
Puan Nor Suliana Binti Mohd Rashid ( 09- 5650261 )


Sekiranya berminat, tuan/puan boleh mengisi borang pencalonan dan dihantar kepada :
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Pahang
Lot A27 & A29, Sri Kuantan Square
Jalan Teluk Sisek,
25050 Kuantan

Atau
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :  SEBELUM 1 APRIL 2019

#JKMNPahang
#BahagianOKUJKMNPahang
#BerkatBerjasa
 
Kemaskini Terakhir : 23/03/2019 22:27:53